Wednesday, April 14, 2010

Sistem Pengurusan

Pengurusan Penternakan
Peringkat Perindukan
Dalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, anak puyuh dari umur 1 hingga 10 - 14 hari dipelihara dalam sistem kepungan menggunakan kadboard serta hoover (alat pemanas). Sebanyak 1000 ekor anak puyuh ditempatkan dalam satu kepungan. Luas kawasan semasa perindukan adalah 30 sentimeter persegi/ekor hingga umur 10 hari bila mana kepungan akan dibuka dan anak puyuh dibesarkan diseluruh bangsal. Gas hoover yang digunakan digantung ditengah kepungan setinggi 91 sentimeter. Pemberian haba perlu dikawal mengikut kepanasan semasa. Sekeliling bangsal ditutup dengan bidai bagi mengelakkan kemasukan udara sejuk dari luar tanpa kawalan. Bekas minuman 8 liter untuk 200 ekor anak puyuh ditempatkan di dalam bulatan selama masa perindukan.. Dulang makanan berukuran 30.5 x 30.5 x 2.52 sentimeter digunakan untuk 200 ekor anak puyuh semasa perindukan. Sampah sarap adalah dari jenis ketaman kayu setebal 8 sentimeter digunakan. Makanan dan minuman diberi tanpa had. Didalam sistem pemeliharaan didalam kotak kayu khas, anak puyuh diindukkan didalamnya selama 10 - 14 hari juga. Lantai kotak hendaklah dialas dengan kertas kuat atau jenis 'corrugated paper'. Ini adalah bagi mengelakkan anak puyuh jatuh ke tanah. Kotak kayu ditutup dengan plastik atau guni untuk menahan haba didalamnya. Pemberian haba adalah dari lampu pijar 100 watt yang digantung ditengah petak kotak tersebut. Setiap petak berukuran 1 meter persegi boleh memuatkan sehingga 80 ekor anak puyuh. Bangsal hendaklah ditutup semasa perindukan dengan 'polyethelene sheets'. Peralatan makanan dan minuman adalah seperti dinyatakan diatas.

Peringkat Pembesaran

Didalam sistem pemeliharaan diatas sampah sarap, kepungan akan dibuka selepas anak puyuh berumur 10-14 hari dimana anak puyuh akan berada sepenuhnya didalam satu bangsal sehingga dijual. Selepas perindukan bekas minuman automatik digunakan untuk menampung 200 ekor puyuh setiap satu dan bekas makanan gantung digunakan untuk 100 ekor puyuh setiap satu. Makanan perlu diberikan sentiasa tanpa had untuk menentukan pembesaran yang cepat. Tentukan air yang bersih diberikan. Elakan dari gangguan luar semasa pembesaran puyuh ini. Masa tamat pemeliharaan adalah apabila umur puyuh mencapai 27 hari. Pada ketika ini berat badan hidup puyuh adalah purata 250 gram sekor. Puyuh akan ditangkap dan dihantar untuk diproses secepat mungkin. Perlu ditekankan disini bahawa kelewatan untuk menjual puyuh akan menyebabkan puyuh mencapai umur kematangan seksual ( mengeluarkan telur ) dan ini akan menjejaskan kualiti daging. Lazimnya umur kematangan seksual adalah 41 hari.

Pembinaan Ladang

Pemiharaan puyuh pedaging tidak memerlukan kawasan yang besar. Ini adalah kerana saiz puyuh jauh lebih kecil dari penternakan unggas lain seperti ayam. Walaupun demikian keperluan pemeliharaan adalah lebih kurang sama dengan penternakan ayam. Didalam pemilihan tapak kawasan penternakan sebaiknya kawasan ladang hendaklah jauh dari kawasan perumahan dan ladang-ladang unggas yang lain. Kawasan hendaklah bebas dari banjir dengan mempunyai kemudahan jalan bagi pengangkutan barangan dari luar ke ladang dan sebaliknya. Tanah berbukit tiada halangan kecuali perlu diratakan bagi setiap kawasan bangsal yang perlu didirikan. Kawasan yang mempunyai peredaran udara yang baik perlu diambil kira didalam pemilihan kawasan penternakan.

Sumber dari http://puyuh-quail.blogspot.com/

Mesin Eraman


Hasil maklumat daripada penternak yang telah menggunakan MM150A ini, kadar penetasan adalah sehingga 90%.

Sesuai untuk mengeram telur ayam, puyuh, ayam serama, ayam belanda, itik, angsa, burung merak/kuang, dan lain-lain jenis haiwan (unggas) yang bertelur.

Pembalikan telur berfungsi secara automatik (setiap 30 minit) yang dikawal oleh litar elektronik dan dapat mengeram 150-160 biji telur ayam pada sesuatu masa.

Mempunyai lubang pengudaraan dan air bagi menyesuai cuaca tropika seperti Malaysia.

Kotak alat pengeram telur (incubator̢۪s case) mempunyai lapisan polystyrene dibahagian dalamnya yang menolong pengasingan (insulation) antara suhu luar dan dalam, ini akan menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

Termometer yang terletak dibahagian hadapannya adalah senang dibaca.

MM150A adalah buatan Malaysia. Perkhidmatan selepas jualan boleh didapati jika diperlukan.

Harga :

Model 150A

Kapasiti 170 biji telur ayam, 340 biji telur puyuh.

RM 2200.00

Model 300A

Kapasiti 340 biji telur ayam, 680 biji telur puyuh.

RM 2900.00

Penghantaran percuma untuk Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Keuntungan Lumayan Hasil Puyuh

BANDAR JENGKA: Kegiatan penternakan burung puyuh di tanah rancangan Felda Jengka 15, di sini, semakin berkembang berikutan permintaan tinggi penggemar daging haiwan berkenaan serta pengusaha restoran di sekitarnya.

Seorang peneroka, Samad Puhalus, 56, yang sudah menternak burung puyuh sejak lebih lapan tahun lalu, mengakui kegiatan itu memberi pendapatan lumayan kepada keluarganya.

Katanya, sebelum ini kegiatan penternakan puyuh dijalankan secara sambilan sekadar memenuhi keperluan keluarga kerana bimbang sukar mendapatkan pasaran.

“Selepas lebih setahun mengusahakannya, permintaan penggemar semakin meningkat sehingga mendorong saya mengkomersialkan kegiatan penternakan itu untuk mendapatkan pendapatan tambahan.

“Setakat ini, pendapatan hasil jualan puyuh agak lumayan setanding dengan perniagaan ternakan lain. Tambahan pula, pihak pengurusan Felda memberikan dorongan supaya membesarkan kegiatan penternakan.

“Memandangkan permintaan yang semakin meningkat, jumlah ternakan puyuh ditambah sehingga 10,000 ekor bertujuan memenuhi permintaan pengguna“Saya juga menjual telur dan anak puyuh kepada penternak sebagai usaha memperluaskan kegiatan perniagaan haiwan berkenaan supaya mampu menambah pendapatan keluarga,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Samad berkata, keluarganya turut mencipta sebuah mesin pengeram yang boleh menetaskan 400 anak puyuh dalam tempoh empat hari.

Beliau berkata, burung puyuh yang sudah disembelih dan dibersihkan dijual antara RM13 hingga RM15 sekilogram, telurnya pula 10 sen sebiji, manakala anak yang baru menetas antara 60 sen hingga RM2.50 seekor.

Mengenai modal kewangan ketika mula menceburi bidang ternakan itu, Samad berkata setakat ini keluarganya membuat pinjaman sebanyak RM9,000 daripada Felda dan ia dibayar semula dalam tempoh enam tahun.

Panduan Menternak Puyuh Daging

Pendahuluan

Burung puyuh adalah sejenis ternakan yang mudah dipelihara berdasarkan kepada perkara berikut:-

Tidak memerlukan modal permulaan yang besar

Boleh dipelihara oleh anggota keluarga di perkarangan rumah

Cepat dapat hasil iaitu 6 minggu

Memerlukan makanan yang kurang iatu 780 - 1 kg (6 minggu)

Tidak banyak masalah penyakit

Daging puyuh dan telur mengandungi zat yang tinggi

Jarak generasi pendek (5 - 6 pusingan setahun).

Perancangan Projek

Kos/Modal

Ladang

Pengurusan

Pasaran

Keempat-empat perkara ini sentiasa bergandingan bagi mencapai kejayaan disamping sikap dan kesanggupan penternak itu sendiri. Jika salah satu daripada perkara ini diabaikan besar kemungkinan usaha menternak akan menemui kegagalan.


Kos/Modal

Diperlukan untuk:-

Kos tetap iaitu Reban/bangsal, peralatan makan minum, alat pemanas dan sebagainya.

Kos berulang iaitu Makanan, air, gas/letrik , ubatan dan sebagainya.


Ladang

Pemilihan kawasan:-

Keluasan tanah

Saliran yang sempurna. Tidak mudah banjir

Jauh dari kawasan perumahan/perindustrian

Jauh dari kawasan penternakan lain

Mempunyai kemudahan jalanraya, bekalan letrik dan air

Berdekatan dengan pengguna/mempunyai pasaran

Sistem dan Bentuk Perumahan:-

Sistem Lantai Atas : Menggunakan sangkar bertingkat

Sistem Lantai Bawah : Menggunakan bangsal/reban

Bangsal/Reban
Mestilah mempunyai ciri-ciri berikut:-
a. Peredaran udara yang sempurna
b. Saiz yang bersesuaian dengan jumlah yang hendak dipelihara. 1 ekor = 20 " persegi
c. Kedudukan reban sebolehnya ditempat sunyi (tiada ganguan), terlindung dari matahari terik
(arah Timur-Barat), cuaca buruk dan musuh.

Peralatan
a. Bekas makanan ( dulang dan palung untuk anak serta bekas makanan yang boleh
digantung
b. Bekas minuman
c. Tirai/Bidai
d. Alat pemanas. Hover ( 1 utk 1000 ekor) atau Bal eletrik (15 watt - 1 utk 50 ekor) atau
lampu minyak.
e. Habok papan (kasar) atau sebagainya (jika menggunakan lantai bawah)
f. Kertas untuk alas lantai (semasa perindukan jika menggunakan lantai atas)
g. Alat pembentung (lantai bawah)
h. Guli atau batu (untuk dimasukkan dalam bekas minum untuk mengelakkan anak puyuh
masuk)

Pengurusan

* Baka

Jenis
Asal
Umur Jualan

Bob White
US
6-16 minggu

Contrunix Japonica
Japan
6 minggu

Cross bred
Tempatan
6 minggu

IKTA
JPH
6 minggu


* Pemakanan
1. Jenis makanan yang boleh digunakan ialah:-

A. Quail Starter Mash serta Quail Finisher Pellet atau
B. Broiler Starter Mash atau Broiler Starter Crumblers atau Broiler Finisher Pellet

Keperluan Zat Makanan Untuk Puyuh Pedaging:
Tenaga = 2600 - 3200 ME
Protin Kasar = 24 - 25 %


2. Cara Pemberian

Cara Pertama
1 hari - 14 hari - Quail starter Mash
15 hari hingga jual - Quail Finisher Pellet

Cara Kedua
1 hari hingga jual - Broiler Starter Mash/Crumbles atau
- Quail Starter Mash

Cara Ketiga
1 hari hingga 21 hari - Broiler Starter Mash
22 hari hingga jual - Broiler Finisher Pellet


* Perindukan

Pastikan anak puyuh diberi keperluan seperti berikut:-

Haba. Minggu 1 suhu 95 F (35 C) dan minggu 2 suhu 90 F (32 C) atau lihat taburan anak puyuh

Pasangkan bidai padaa waktu siang dan malam sehingga umur 1 minggu. Minggu 2 pada waktu malam atau hujan sahaja

Sediakan lampu pada masa perindukan dan waktu malam

Bekas makanan/minuman mencukupi dan pastikan makanan/air sentiasa ada

Selalu ganti alas lantai yang basah atau kotor

Buang alas lantai apabila kaki anak puyuh tidak bolos dilantai perindukan (jika lantai atas)

Pindahkan anak puyuh ke sangkar membesar pada umur 2 minggu (jika menggunakan kotak perindukan)

Besarkan pembentung pada minggu 2 supaya kawasan anak puyuh tidak sempit

Sediakan rekod dan rekodkan semua aktiviti harian.

* Membesar

Keluarkan semua punca haba, bidai dan pembentung

Pastikan air/makanan sentiasa ada

Naikkan bekas makanan sama paras dengan belakang puyuh untuk mengelakan pembaziran
makanan

Elakkan sebarang kematian berpunca daripada pemangsa jenis dan pengurusan

Jual pada umur yang ditetapkan

Rekod semua aktiviti harian.

* Pengurusan Rekod

Terdapat 2 jenis rekod iaitu Rekod Pengurusan dan Rekod Kewangan

Rekod Pengurusan

Catatkan yang perlu ada antaranya:-

Kumpulan pemeliharaan - kali ?

Baka

Punca penetasan/tempat dibeli

Pengeluar makanan/jenis makanan, jumlah dibeli

Tarikh terima/beli puyuh

Bilangan yang dibeli

Tarikh/bilangan dijual

Berat puyuh dijual

Bilangan mati

Lain-lain.

Rekod Kewangan

Catatan yang perlu ada antaranya:-

Hasil/Jualan
- Tarikh, bilangan, berat, harga,pendapatan
Perbelanjaan Operasi
- Kos anak puyuh, makanan, ubatan, gas/minyak/letrik, air, upah, faedah bank, susut
nilai bangunan dan peralatan
Keuntungan/Kerugian
- Hasil (pendapatan)/Perbelanjaan


Pemasaran

Strategi Pemasaran
Terdapat empat faktor yang penting yang perlu dilakukan oleh penternak di dalam urusan perniagaan

* Tempat
- Menguntungkan jika berdekatan dengan kawasan pasaran
- Tiada masalah kemudahan air dan letrik
- Dapat mengkaji persaingan di antara penternak dan potensi pasaran
- Ada kemudahan peti sejuk dan mesin memproses

* Pengeluaran
- Boleh dijual dalam bentuk hidup dan telah diproses

* Harga
- Harga berbeza mengikut kawasan, pasar, restorn, hotel dan lain-lain
- Rangkaian pasaran biasanya ialah penternak, pemborong, peruncit dan pengguna. Setiap proses ini akan mempengaruhi harga jualan. Untuk mendapatkan harga yang tinggi , penternak perlu mengurangkan rangkaian ini.

* Pengiklanan/Promosi
- Boleh dilakukan melalui media cetak dan sebagainya bertujuan memberitahu barangan yang hendak dijual.

Aktiviti Pemerosesan " Down Stream"

1. Puyuh Siap Diproses - dipek dan disejukbeku

2. Pemotongan
- Dipotong memanjang kepada 2 bahagian
- Dipotong memanjang dari belakang atau dada tetapi tidak dicerai
- Dipotong mengikut permintaan

Puyuh hendaklah dipotong selepas menjalani "kekejongan" (4 - 24 jam selepas
disembelih) untuk mengelakkan karkas menjadi liat dan menjaga kualiti karkas.

3. "Breading "
- Saiz penting untuk mudah melekat dan rupa
- Biasanya halus atau sederhana
- Penambahan paprika atau rempah lain menambah rasa dan rupa

4. "Predust"
- Cara melekatkan 'breading' ke kulit
- Puteh telor kering, tepong beras, wheat gluten
- jangan terlalu tebal kerana susah untuk membasahi dan melekat ke karkas

5. "Batter"
- Diperbuat dari tepong gandum, air garam dan lada hitam
- kepekatan penting untuk penerimaan kelekatan bahan breading (1 tepung + 1 air)

Pengenalan Puyuh


Burung Puyuh adalah sekumpulan burung yang bertubuh kecil dari famili Phasianidae atau Odontophoridae.


Burung Puyuh memiliki sayap namun tidak pandai terbang seperti burung pada umumnya. Anatara ciri burung ini adalah termasuk pemakan biji-bijian, memiliki bulu yang loreng, dan lubang hidung berada di pangkal paruh.